Thursday, May 4, 2017

Sambal kicap ikan tenggiri dan terung grill air asam

Assalamualaikum semua. Tak tahu nak masak apa hari ini? Boleh lah cuba resepi di bawah. Sambal kicap ikan tenggiri dan terung grill air asam memang sesuai dimakan bersama. Ringkas dan mudah tapi insyaAllah sedapppp.



Sambal kicap ikan tenggiri
Bahan2 untuk di blend :
- Bawang merah 4-5 biji (kalau guna bawang besar 1 biji)
- Bawang putih 3 ulas
- Cili kering separuh genggam

Bahan2 lain :
-Ikan tenggiri
-Kentang di potong kecil2
-Sedikit kayu manis&bunga lawang (dalam 1 - 2 sahaja)
-Sedikit air asam jawa
-Satu sudu sos tiram
-Sedikit garam dan gula (option)...

Cara2 :
1) Goreng ikan tenggiri & kentang terlebih dahulu. Kalau tak suka goreng kentang, boleh rebus.
2) Panas kan sedikit minyak. Masukkan kayu manis dancbunga lawang. Kemudian, masukkan bahan2 yang telah di blend dan tumis. Lagi lama tumis lagi sedap tapi jangan sampai hangus.
3) Masukkan air asam jawa.
4) Perasakan dengan sos tiram dan kicap. Kalau tak cukup rasa, boleh tambah gula/garam. Yang ni agak2 lah ya ikut tekak masing2.
4) Masukkan ikan tenggiri&dan kentang.
5) Siap dan boleh dihidang..

Tips : Resepi ini haruslah jadi sambal kicap bukan kuah kicap. Jadi kalau boleh, semasa blend jangan letak air banyak sangat. Kalau terletak air banyak, tumis sehingga kering. Begitu juga dengan air asam jawa, jangan letak terlampau banyak.

Resepi seterusnya....

Terung grill air asam
Bahan2 :
-1 terung panjang
-2 biji limau nipis
-Sedikit belacan. Saya letak dalam secubit je. Cuba cubit belacan tu, aaaaa macam itu lah hehe.
-Separuh biji tomato dipotong dadu
-1/2 biji bawang merah
-Sedikit garam
-Sedikit air masak
-Gula (option)

Cara2 :
1) Grill terung. Saya guna pemanggang avon. Kalau tak nak grill, boleh rebus.
2) Dah siap grill, angkat terung letak dalam pinggan.
3) Untuk kuah pula, lenyek2 belacan guna sudu dalam mangkuk. Perahkan air limau nipis. Masukkan bawang dan tomato. Perasakan dengan garam.
4) Akhir sekali masukkan air masak. Kalau suka berkuah, lebihkan air masak. Gaul sehingga sebati.
5) Siap dan boleh dihidang.

Tips : Resepi ini rasanya akan jadi masam masin. Tapi jika anda mahu masam masin manis, boleh masukkan sedikit gula.


Selamat mencuba!

Friday, February 24, 2017

STEP-STEP BORANG PERKAHWINAN SELANGOR (PEREMPUAN)



Assalamualaikum semua!


Entry ni khas saya tulis bagi memudahkan bakal-bakal pengantin terutama bakal pengantin perempuan yang duduk Selangor... Saya akan cuba cerita step by step berdasarkan pengalaman saya.


1)Kursus Kahwin
Wajib pergi! Saya pergi kursus kahwin di Putrajaya anjuran al-shahir management. Pergi selama 1 hari setengah. Sabtu dan ahad. Bagi anda yang area Putrajaya / Cyberjaya / Puchong boleh lah pergi situ. Tempat dalam dewan kuliah, selesa dan sejuk. Penceramah pun best2. Saya pergi dengan bakal husband, takde kawan takpe sebab nanti kan ramai lagi peserta lain. Boleh lah berkenalan. Ilmu dapat, kawan baru pun dapat. Hehee


Jadual Kursus
Diadakan Setiap Minggu
Sabtu: 9:00am-6:30pm
Ahad: 9:00am-2:00pm

Bayaran
RM 120.00 seorang

Cara Daftar
Telefon atau SMS +6019-2876979 / 012-2474887


2)HIV
Sebelum siapkan borang, buat lah HIV test. Result hanya valid selama 6bulan. 
Saya buat di Klinik Kesihatan Puchong Batu 14. Senang je procedure dia! Cuma kena menunggu tu biasa lah kan. Mula2 ambil nombor giliran untuk daftar. Dah sampai nombor giliran tu, cakap kat staff kaunter tu nak borang hiv... (Tapi kan sebelum nombor giliran tu sampai boleh rasanya pergi kaunter mintak borang dulu. Sambil2 tunggu boleh la isi borang tu kan.. Cuba tanya staff di kaunter okay).. Lepas dah bagi borang kat kaunter, bayar rm1 dan dia akan bagi nombor baru untuk jumpa doktor. Tunggu laaaah bila nombor baru tu dipanggil. Dah cucuk hujung jari sikit, kena tunggu result dia kejap. Nanti dia panggil nombor giliran yang sama masa jumpa doktor. Result - Non reactive atau reactive. Kalau non reactive, boleh la proceed ke step seterusnya... (Jangan risau sakit sikit je hehehe)



3)Borang 2C,2D dan dokumen sokongan
-Borang2 ni seeloknya cuba selesaikan at least 3bulan sebelum majlis. Bagi bakal pengantin perempuan, sila mohon pasangan awak buat dulu part dia. Jangan berlengah. Sebab part perempuan nanti kena lampirkan sekali surat kebenaran kahwin pihak lelaki.


Part borang ni baca betul2 k. Again, saya buat entry ni khas untuk bakal pengantin perempuan Selangor, so website untuk isi borang secara online rasanya tidak sama dengan negeri lain. Anyway sebelum isi borang, saya cari siapakah Penolong Pendaftar Nikah (PPN) di masjid area rumah saya supaya senang untuk saya isi details dalam borang sebab dalam borang perlukan nama penuh dan jawatan beliau. Dah alang2 dah jumpa PPN, tanya lah terus kat dia free tak pada tarikh sekian2 untuk wakalah wali bla3...(Sebab ayah saya wakil kan PPN untuk jadi kadi)..Dalam borang pun nanti dia nak tahu kat mana dan bila tarikh nikah..Kalau tak tahu siapa PPN di masjid area rumah anda, boleh call JAIS. Kalau tak, pergi terus kat masjid tanya.

Okay dah jumpa PPN? Dah boleh proceed kepada step-step di bawah :-
















*Pergi website http://ncr.jais.gov.my/
*Daftar
*Klik borang permohonan perkahwinan perempuan
*Isi borang 2C
*Isi borang 2D
*Lengkapkan dokumen sokongan
*Jumpa PPN (Kalau ada nombor beliau,tanya lah dia kat mana nak jumpa untuk dapatkan cop&sign)
*Pergi PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) masing2 dan bawa semua borang dan dokumen supaya PAID boleh bagi surat kebenaran berkahwin. Sila sediakan RM10 siap-siap
*Last sekali jumpa PPN balik untuk serahkan borang/dokumen/surat yang diperlukan.



Haaa senang je kan? Alhamdulillah sekarang hanya perlu menunggu detik dan saat anda dan pasangan bakal disatukan. Goodluck!