Thursday, May 4, 2017

Sambal kicap ikan tenggiri dan terung grill air asam

Assalamualaikum semua. Tak tahu nak masak apa hari ini? Boleh lah cuba resepi di bawah. Sambal kicap ikan tenggiri dan terung grill air asam memang sesuai dimakan bersama. Ringkas dan mudah tapi insyaAllah sedapppp.



Sambal kicap ikan tenggiri
Bahan2 untuk di blend :
- Bawang merah 4-5 biji (kalau guna bawang besar 1 biji)
- Bawang putih 3 ulas
- Cili kering separuh genggam

Bahan2 lain :
-Ikan tenggiri
-Kentang di potong kecil2
-Sedikit kayu manis&bunga lawang (dalam 1 - 2 sahaja)
-Sedikit air asam jawa
-Satu sudu sos tiram
-Sedikit garam dan gula (option)...

Cara2 :
1) Goreng ikan tenggiri & kentang terlebih dahulu. Kalau tak suka goreng kentang, boleh rebus.
2) Panas kan sedikit minyak. Masukkan kayu manis dancbunga lawang. Kemudian, masukkan bahan2 yang telah di blend dan tumis. Lagi lama tumis lagi sedap tapi jangan sampai hangus.
3) Masukkan air asam jawa.
4) Perasakan dengan sos tiram dan kicap. Kalau tak cukup rasa, boleh tambah gula/garam. Yang ni agak2 lah ya ikut tekak masing2.
4) Masukkan ikan tenggiri&dan kentang.
5) Siap dan boleh dihidang..

Tips : Resepi ini haruslah jadi sambal kicap bukan kuah kicap. Jadi kalau boleh, semasa blend jangan letak air banyak sangat. Kalau terletak air banyak, tumis sehingga kering. Begitu juga dengan air asam jawa, jangan letak terlampau banyak.

Resepi seterusnya....

Terung grill air asam
Bahan2 :
-1 terung panjang
-2 biji limau nipis
-Sedikit belacan. Saya letak dalam secubit je. Cuba cubit belacan tu, aaaaa macam itu lah hehe.
-Separuh biji tomato dipotong dadu
-1/2 biji bawang merah
-Sedikit garam
-Sedikit air masak
-Gula (option)

Cara2 :
1) Grill terung. Saya guna pemanggang avon. Kalau tak nak grill, boleh rebus.
2) Dah siap grill, angkat terung letak dalam pinggan.
3) Untuk kuah pula, lenyek2 belacan guna sudu dalam mangkuk. Perahkan air limau nipis. Masukkan bawang dan tomato. Perasakan dengan garam.
4) Akhir sekali masukkan air masak. Kalau suka berkuah, lebihkan air masak. Gaul sehingga sebati.
5) Siap dan boleh dihidang.

Tips : Resepi ini rasanya akan jadi masam masin. Tapi jika anda mahu masam masin manis, boleh masukkan sedikit gula.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih comment! Senang-senang datang la lagi ✿◕‿◕✿